Kimbal Musk
Kimbal Musk

Kimbal Musk

Kimbal Musk (lahir 20 September 1972) ialah usahawan yang membantu mendirikan, menyarankan, dan melabur di beberapa syarikat teknologi dan makanan. Beliau alah pemilik The Kitchen Cafe, LLC, sekumpulan restoran masyarakat yang terletak di Boulder dan Denver. Beliau merupakan pengasas bersama The Kitchen Community, pertubuhan bukan untung 501(c)3 yang memperkenalkan kebun sayur luar ruangan bernama Learning Gardens ke halaman sekolah dan ruang awam di seluruh Amerika Syarikat.[1] Musk juga merupakan ahli lembaga Tesla Motors, SpaceX, dan Deming Center for Entrepreneurship di Universiti Colorado di Boulder, The Anschutz Health and Wellness Center di Universiti Colorado, Denver, dan Chipotle Mexican Grill.[2] Beliau ialah adik kepada usahawan, Elon Musk.

Kimbal Musk

Pekerjaan Usahawan
Warganegara Afrika Selatan
Kelahiran (1972-09-20) 20 September 1972 (umurĀ 48)
Pusat pendidikan Queen's University (1995)